Sunday, October 4, 2009

video chumie n chikie

video

ahli keluarga baru: chumie and chikie

Ari tu aku ada cakap kami dapat ahli baru dalam family kan...so ni la ahli baru kami...bukannya aku dapat adik baru huhu...boring duk sorang2

yang gebu2 ni nama dia chumie...pemalu sikit..suka sembunyi bawah meja..belakang sofa

ni plak chikie..nama mcm panggilan abah aku jek..

chikie ni peramah skit...suka main,suka kawan,suka gigit kaki aku..


seronok main punya pasal gedebuuuuuuuk....nah ambik kau...aku jatuh sofa

dapat satu flower horn kat dahi...melalak mcm biasa la..aduhhh

Friday, September 18, 2009

cupcakes mama "cuci rumah"

pagi ni aku tengok abah bangun awal skit. belum mandi terus capai parang dengan gunting besar. katanya nak bersih laman umah tok. sorang-sorang dia duk buat keja cakar rumput, gunting pokok teh, bakar sampah, cuci lantai apa bagai. dekat tengahari baru siap. petang mama ajak abah pegi gurun nak ambik cupcakes yang dia order dari kl. time nak gerak hujan lebat. abah masuk keta pun ikut pintu belakang sebab keta separuh bawah bumbung separuh lagi kena hujan. sebelum gerak tok dah risau tengok hujan lebat. risau kalau umah naik air lagi. abah kata ok sebab longkang jalan elok dan tak tersumbat. Tetiba baru 10 minit gerak abah dapat call dari maksu kata umah dah naik air. Hah...cepatnya air naik.

On the way ke gurun jalan sesak skit kat trafic light aneka. selit punya selit baru dapat lepas. dah ambik cupcakes terus abah pecut balik. sampai umah parking tepi jalan tengok umah dah macam pulau hohoho

nak masuk umah kena redah air...abah kata elok jugak sebab malam ni satu malam kita boleh cuci rumah nak sambut raya hehe... uhhhh macam ni punya abah ada jugak ke..orang duk sedih umah naik air dia bleh happy nak cuci umah

masa cuci aku tengok segala habuk kat dalam umah semua clear. kalau tak kerana banjir alamat takde la nak cuci sampai gini...abih kalo dah nak keringkan air mestilah segelap ceruk lantai kena cuci. terfikir betul jgk abah kata...kita boleh cuci umah nak sambut raya hehe...mama plak tak ambil gambar candid masa tengah cuci nih..

cerita pasal banjir terlupa plak pasal cupcakes mama order..ni la rupanya kek tu..kecik-kecik comel,bulat,warna siap hijau kuning lagi..

memang sedap kek nih...yg bestnya bleh makan skit-skit..jadi tak la membazir sangat kalu tak abis macam kita makan kek biasa..

kat atas tu gambar mama tengah berfacebook lepas sahur...saja aku letak gambar ni sbb nak bgtau kat kampung abah aku ni dulunya orang panggil 'ulu banat' maknanya ulu giler la tu. tapi sekarang ni boleh berinternet kat dalam kelambu jer..begitulah pesatnya perubahan dunia

Wednesday, September 9, 2009

esok jumpa abah

Tak sabar menunggu esok hari. Dah hampir 2 minggu aku kat terengganu ngan mama. Esok abah akan jemput kami kat airport penang. Lepas tu aku dengar mama nak ajak abah pegi jalan2 kat queenbay n bebuka puasa kat sana.

Tak kisahlah nak pegi jalan mana2. Yang penting aku nak jumpa abah. Dah lama abah tak dukung aku dan menyakat aku. Seronok ngan abah klu aku mengantuk dia suka ulik2 dulu, bila dah lena baru dia masukkan aku dalam buaian. Klu ngan mama aku mengantuk jer terus dia campak aku dlm buai. Nak manja skit pun tak boleh huhu. Tapi campak pun aku tido gak, ngantuk wehhh.

Mama plak dah plan nak shopping sakan kat queensbay.Barang dia mesti ratus-ratus punya...shopping mesti tak hingat..klu nak banding ngan abah lapan kali ganda ler jawabnya..

tak caya,nanti lepas shopping aku tunjukkan perbezaan harga baju raya mama ngan abah punya..biasanya ibarat langit dan bumi laaa

Friday, September 4, 2009

fuiyyooo...

wa wa wa

Wednesday, September 2, 2009

abah punya kerja

kalau ada gambar aku pelik-pelik mcm ni mesti kerja abah aku yang buat. Kekadang dia memang gila-gila skit. Mama pun selalu kena pedajal ngan abah. Kenangan untuk aku bila besar nanti



mulut banyak sangat abah aku taruk tape...seksa aku nak bukak mulut




pulun ganu pulun...uikk betul ke ayat ni hehe

Tuesday, September 1, 2009

cedera parah

Ni gambar first time aku cedera kat dahi sebab jatuh dan terhantuk bucu almari buku. Masa ni aku baru boleh bergayut sambil berjalan. Sekali tu aku bergayut kat tv sambil main tekan butang2 yang ada kat situ. Ntah mcm mana aku terlepas pegang terus jatuh.

Bab jatuh memang dah banyak kali aku jatuh. tapi malang sikit sebab jatuh kali ni dahi aku terhantuk kat almari buku. Sebagai penghargaan terbelah dua dahi aku......hehe Muka pun dah jadik macam ikan flower horn..Darah banyak kuar tapi abahku selamba ja cuci, pastu dia taruk minyak dan balut.




Mama aku cemas macam biasa...mungkin terkejut dengar aku melalak tak henti..Mama berleter kat abah sebab tak bawak aku pegi klinik. Tapi sekarang luka dah ok...tinggal parut kecil...yang mama aku heran mcm mana luka aku boleh baik cepat tanpa jangkitan lain.Bab ni aku tabik kat abah sebab aku tahu apa yang dia ada.

Me, Abah and Mama (baby version)

Ni koleksi gambar yang paling aku suka. Gambar kami satu family ketika masih baby. Gambar abah tak ade lagi.Lepas ni aku masukkan



ni mama masa kecik...rambut kerinting macam orang asli kih..kih..kih mujur rambut aku ikut abah

I'm Kojak



Amalan biasa bagi setiap baby, mesti ada majlis cukur rambut. Time aku dibuat dirumah mama kat terengganu. Abah suruh mama cukur sikit je, ambil syarat. Tapi mama degil suruh cukur botak. Abah malas nak bising dia ikut jer la. Hasilnya nilah first time aku jadi botak.




Punyala rimas jadi botak. Time mandi berpusing biji mata aku tak tahan sejuk air. Dulu masa ada rambut ok jer. Masa nak tidur pun satu hal. Kepala asyik rasa gatal, sbb tu masa botak aku suka tidur meniarap....selesa skit rasa

lets fly with fire fly

First time aku naik flight masa umur cukup-cukup satu bulan. Abah ngan mama nak bawak aku balik terengganu. Masa kat airport abih pipi aku kena sondol ngan idung makcik imigresyen. Semua pakat duk tanya umur aku. Naik flight awek pramugari plak duk tenyeh hidung aku ngan jari depa. Part ni aku suka sebab sume comey2 hahahaha





Banyak kali jugak aku merasa naik fligh masa umur kurang setahun. Abah suka guna firefly sebab dari Penang terus ke Terengganu. Tapi sejak 2009, firefly dah batalkan penerbangan penang-terengganu. Tension betul sebab klu naik airasia nak kena naik dua kali penang-kl-terengganu. Leceh,rugi masa, duit, khudrat,letih woooo sebab mama nak kena dukung aku lama.

who am I

Nama penuh aku Adam Hanif b. Ahmad Zaki. Aku dilahirkan pada 17 Jun 2008 di Pusat Rawatan Mahsuri Jitra Kedah. Wad no.5. Jam 2.00 petang. Mama bernama Noor Hilyati bt. Alilah. Badadam adalah nama panggilan dari mama. Bila dah selalu kena panggil mcm tu...terus abah taruk jadikan nama blog.



Badadam jika dijarakkan menjadi bad adam. Huhu... jahat ke aku. Tapi aku percaya bukan itu maksud sebenar. Tentulah mama lebih mengetahuinya.

Kata abah nama sebenar yang ingin didaftar Adam Haikal. Namun ketika mengisi borang di Jabatan Pendaftaran, abah dimaklumkan dah ramai bayi dinamakan dengan nama ini. Akhirnya abah mengubahnya menjadi Adam Hanif. Hanif sebenarnya merujuk kepada nama Toki aku sebelah mama. Adam pula adalah nama yang menjadi pilihan kedua-dua mereka.



Aku dilahirkan lebih awal dari jangkaan sepatutnya 28 Jun 2008 melalui pembedahan. Doktor yang merawat tidak mengizinkan mama bersalin normal kerana mengalami tekanan darah tinggi. Oleh kerana aku adalah anak sulong, kedua-dua mereka hanya menurut sahaja kata doktor.

Sewaktu aku dilahirkan, abah turut sama berada di dalam bilik pembedahan. Abah membuat rakaman video bagaimana aku keluar dari perut mamaku hinggalah tali pusatku di potong. Aku pernah beberapa kali ditunjukkan klip video tersebut tapi apakan daya aku masih belum mengerti apa-apa.




Syukur aku dilahirkan dengan selamat. Selepas 5 jam dilahirkan barulah aku mula menjamah susu ibu. Ketika itu terngiang di telingaku mendengar mama mengadu kepada abah tentang kepedihan diperutnya akibat daripada kesan pembedahan.