Friday, September 18, 2009

cupcakes mama "cuci rumah"

pagi ni aku tengok abah bangun awal skit. belum mandi terus capai parang dengan gunting besar. katanya nak bersih laman umah tok. sorang-sorang dia duk buat keja cakar rumput, gunting pokok teh, bakar sampah, cuci lantai apa bagai. dekat tengahari baru siap. petang mama ajak abah pegi gurun nak ambik cupcakes yang dia order dari kl. time nak gerak hujan lebat. abah masuk keta pun ikut pintu belakang sebab keta separuh bawah bumbung separuh lagi kena hujan. sebelum gerak tok dah risau tengok hujan lebat. risau kalau umah naik air lagi. abah kata ok sebab longkang jalan elok dan tak tersumbat. Tetiba baru 10 minit gerak abah dapat call dari maksu kata umah dah naik air. Hah...cepatnya air naik.

On the way ke gurun jalan sesak skit kat trafic light aneka. selit punya selit baru dapat lepas. dah ambik cupcakes terus abah pecut balik. sampai umah parking tepi jalan tengok umah dah macam pulau hohoho

nak masuk umah kena redah air...abah kata elok jugak sebab malam ni satu malam kita boleh cuci rumah nak sambut raya hehe... uhhhh macam ni punya abah ada jugak ke..orang duk sedih umah naik air dia bleh happy nak cuci umah

masa cuci aku tengok segala habuk kat dalam umah semua clear. kalau tak kerana banjir alamat takde la nak cuci sampai gini...abih kalo dah nak keringkan air mestilah segelap ceruk lantai kena cuci. terfikir betul jgk abah kata...kita boleh cuci umah nak sambut raya hehe...mama plak tak ambil gambar candid masa tengah cuci nih..

cerita pasal banjir terlupa plak pasal cupcakes mama order..ni la rupanya kek tu..kecik-kecik comel,bulat,warna siap hijau kuning lagi..

memang sedap kek nih...yg bestnya bleh makan skit-skit..jadi tak la membazir sangat kalu tak abis macam kita makan kek biasa..

kat atas tu gambar mama tengah berfacebook lepas sahur...saja aku letak gambar ni sbb nak bgtau kat kampung abah aku ni dulunya orang panggil 'ulu banat' maknanya ulu giler la tu. tapi sekarang ni boleh berinternet kat dalam kelambu jer..begitulah pesatnya perubahan dunia

No comments:

Post a Comment