Tuesday, September 1, 2009

who am I

Nama penuh aku Adam Hanif b. Ahmad Zaki. Aku dilahirkan pada 17 Jun 2008 di Pusat Rawatan Mahsuri Jitra Kedah. Wad no.5. Jam 2.00 petang. Mama bernama Noor Hilyati bt. Alilah. Badadam adalah nama panggilan dari mama. Bila dah selalu kena panggil mcm tu...terus abah taruk jadikan nama blog.



Badadam jika dijarakkan menjadi bad adam. Huhu... jahat ke aku. Tapi aku percaya bukan itu maksud sebenar. Tentulah mama lebih mengetahuinya.

Kata abah nama sebenar yang ingin didaftar Adam Haikal. Namun ketika mengisi borang di Jabatan Pendaftaran, abah dimaklumkan dah ramai bayi dinamakan dengan nama ini. Akhirnya abah mengubahnya menjadi Adam Hanif. Hanif sebenarnya merujuk kepada nama Toki aku sebelah mama. Adam pula adalah nama yang menjadi pilihan kedua-dua mereka.



Aku dilahirkan lebih awal dari jangkaan sepatutnya 28 Jun 2008 melalui pembedahan. Doktor yang merawat tidak mengizinkan mama bersalin normal kerana mengalami tekanan darah tinggi. Oleh kerana aku adalah anak sulong, kedua-dua mereka hanya menurut sahaja kata doktor.

Sewaktu aku dilahirkan, abah turut sama berada di dalam bilik pembedahan. Abah membuat rakaman video bagaimana aku keluar dari perut mamaku hinggalah tali pusatku di potong. Aku pernah beberapa kali ditunjukkan klip video tersebut tapi apakan daya aku masih belum mengerti apa-apa.




Syukur aku dilahirkan dengan selamat. Selepas 5 jam dilahirkan barulah aku mula menjamah susu ibu. Ketika itu terngiang di telingaku mendengar mama mengadu kepada abah tentang kepedihan diperutnya akibat daripada kesan pembedahan.

2 comments:

  1. Congratulations to the proud parents. He looks absolutely perfect!

    ReplyDelete
  2. hi dolly..thanx for visit. ur blog will be usefull for me to learn english...keep in touch

    ReplyDelete