On the way ke gurun jalan sesak skit kat trafic light aneka. selit punya selit baru dapat lepas. dah ambik cupcakes terus abah pecut balik. sampai umah parking tepi jalan tengok umah dah macam pulau hohoho
nak masuk umah kena redah air...abah kata elok jugak sebab malam ni satu malam kita boleh cuci rumah nak sambut raya hehe... uhhhh macam ni punya abah ada jugak ke..orang duk sedih umah naik air dia bleh happy nak cuci umah
masa cuci aku tengok segala habuk kat dalam umah semua clear. kalau tak kerana banjir alamat takde la nak cuci sampai gini...abih kalo dah nak keringkan air mestilah segelap ceruk lantai kena cuci. terfikir betul jgk abah kata...kita boleh cuci umah nak sambut raya hehe...mama plak tak ambil gambar candid masa tengah cuci nih..
cerita pasal banjir terlupa plak pasal cupcakes mama order..ni la rupanya kek tu..kecik-kecik comel,bulat,warna siap hijau kuning lagi..
memang sedap kek nih...yg bestnya bleh makan skit-skit..jadi tak la membazir sangat kalu tak abis macam kita makan kek biasa..
kat atas tu gambar mama tengah berfacebook lepas sahur...saja aku letak gambar ni sbb nak bgtau kat kampung abah aku ni dulunya orang panggil 'ulu banat' maknanya ulu giler la tu. tapi sekarang ni boleh berinternet kat dalam kelambu jer..begitulah pesatnya perubahan dunia







